Hal ni saja je nak cerita. Cerita pun untuk diri sendiri jugak. Untuk kenangan. Untuk ingatan dan pengajaran. Dah alang alang hati masih membara lagi ni en. Haha. Ok minggu lepas staright seminggu aku dan mantan mantan lain datang untuk beri semangat dan tunjuk ajar dekat budak budak krs untuk diorang punya pertandingan kawad kaki sekolah sabtu haritu. Tak tahu nak cakap macam mana. Pedih gila tengok ada sesetengah tu belagak dan terlalu rasa diri tu bagus sampai berani biadap dengan cikgu dan mantan matan. Padahal baru setahun jagung dalam dunia kawad.
Takpe mula-mula tu memang lah sabar. Sabar dan terus sabar sampai rasa macam diri ni dipijak pijak. Sangat pedih jiwa raga aku tengok perangai budak sorang tu. Hm. Bukanlah seorang. Ada la dalam dua tiga orang. Taktahu nak buat macam mana dah. Sebenarnya aku tak kisah dia nak tunjuk pandai ke nak poyo ke nak belagak dia sarjan ke apa. Tapi.. Benda kalau dia betul betul pandai takpe. Tak kisah. Ni semua benda dia buat serabut. Tangan tak paras. Format tak ikut. Masuk rehersal lenggang kangkung. Hah Hah Hah.
Kepala hotak dia.
Pandai bertutur kata. Bijak melawan bahasa. Tak tahukah engkau dengan siapa kau bercakap. Itu cikgu. Cikgu yang banyak beri semangat dan tunjuk ajar kepada kau. Dan pernah juga kepada kami yang engkau anggap tak tahu apa apa ni. Tapi kenapa sangat kurang sopan tiap apa butir butir kata yang keluar dari mulut kau. Kenapa? Tidak pernah ke duduk sekejap. Buka hati. Buka fikiran. Fikir balik. Siapa kau sebenarnya. Tanpa cikgu. Pangkat sarjan yang kau banggakan sangat tu takkan kau miliki. Fikir balik dik. Fikir balik...
Dalam pasukan. Kita kena bersatu hati. Kerjasama. Tak kira lah ada musuh ke. Ada orang yang kita tak suka ke. Bila berpasukan ataupun berkawad. Semua mesti bersatu. Kau nak bagi alasan yang tahun ni kau nak spm. Kau nak pmr. Semua tu alasan. Alasan yang serious bodoh. Selama berpuluh tahun krs masuk pertandingan, takde siapa bagi alasan aku nak spm sebab tu kalah. Aku nak pmr sebabtu kalah. Banyak benda lain nak fikir. Aku kelas murni subjek susah. Haha. Itu cuma alasan orang kalah dik. Selama ni kitorang pmr jugak. Spm jugak. Ada jugak dari kelas murni. Aman. Nurani. Bukan nak cakap besar lah kan. Kitorang tak pernah pun kalah. Paling teruk pun kitorang dapat Naib juara.
Sekian. Terima kasih.
P/s Jangan rasa diri tu terlalu bagus. Kesian orang lain. Kesian pasukan kita. Disebabkan kau orang lain yang bersungguh-sungguh berlatih nak menang turut kecundang. Satu jelah aku nak cakap. Aku rasa kau belum pernah jumpa lagi dengan Wak. Kau belum pernah kena maki hamun dengan dia. Bukan setakat wak, aku rasa Hanan pun kau belum cukup kenal..
No comments:
Post a Comment