Baru lepas bergayut dengan yuyun cerita pasal hidup masing masing. Seronok dengar dia bahagia kat plkn tu. Aku pun nak jugak seronok macam dia. Tapi masalahnya kenapa sampai sekarang aku tak tahu aku group ke berapa and tak tahu ditempatkan kat mana. Sadis gila rasa hidup ni. Aku yang beria-ria nak sangat pergi plkn tapi kengkawan yang sebok dari dulu taknak pergi plkn yang dapat pergi dulu. Why.
Yuyun orang pertama aku cerita aku tak dapat pergi plkn yang second intake. Aku bodoh sangat ke asal aku dapat yang third intake. Rumors mengatakan bahawa sesape yang dapat kumpulan ketiga adalah manusia manusia nakal dan tak reti baca. Kapala hotak. Menjatuhkan semangat aku je. Siot. Dah lah aku orang paling gembira bila dapat tahu dapat plkn tu. Pastu aku dapat 3rd intake.
Tapi yuyun kata pakcik komander plkn tempat yuyun tu kata, Itu dulu. Sekarang ni dah tak kira pandai ke tak semua campur je. Dah takde pandai tak pandai. Bila aku dengar tu lega la jugak hati ni. Ada logiknya jugak. Sebab ada budak fb aku ni dapat third intake jugak. Dan dia reti baca. Rajin update status uolls. Haha. Motip.
Tapi masalahnya sekarang. Masa tu dah bulan berapa dah pulak. Mana tahu aku dah dapat sambung belajar mana mana. Kan rugi. Ceh macam dapat. Hehe. Tapi ye ah, lama kot. Bulan enam tak pun bulan tujuh baru masuk plkn. Bapak lifeless-nya. Menyampah iollss. Asal doh aku kena third intake.
Mood: Disappointed.
No comments:
Post a Comment